Tuesday, June 30, 2009

Keputusan ujian kemasukan sekolah integrasi

Keputusan ujian kelayakan Sekolah Rendah Agama Integrasi Seksyen 19 dah keluar. Alhamdulillah Luqman berjaya. Lepas tengok result, Luqman terus mintak hadiah dari abah. Abah belikan Luqman basikal besarrrr.... ada helmet sekali. Macam-macam Luqman beli. Abah pun pengsan....
Tadi Luqman dah daftar. 21hb Disember Luqman ada orientasi. Kena pakai baju sekolah. Tak sabar Luqman nak masuk darjah satu. Yeh.... Luqman dah besar.....

.


Posted by Picasa

Rukun Islam

Rukun Islam ada 5 perkara. Sebagai umat Islam, kita wajib menunaikan kelima-lima rukun ini ;

(1) Mengucap dua kalimah syahadat
(2) Sembahyang lima waktu
(3) Berpuasa sebulan dalam bulan Ramadhan
(4) Menunaikan haji ke Baitullah (Mekah)
(5) Menunaikan zakat

Luqman


Monday, June 29, 2009

jambatan gantung


rendah je....

Main basikal







Abang sayang adik

Sunday, June 28, 2009

Luqman dan 3 ekor rhino

ensem

he...he...

i luv u

Luqman

لقمان دڠن ابه

.لقمان سايڠ ابه سبب ابه سايڠ لقمان.
تريما کاسيه ابه.

Mari belajar bahasa Arab

waahidun - satu
itsnaani - dua
tsalaatsatun - tiga
arba'atun - empat
khamsatun - lima
sittatun - enam
sab'atun - tujuh
tsamaaniyatun - lapan
tis'atun - sembilan
'asyaratun - sepuluh

Happy Birthday


Custom Birthday Card

Saturday, June 27, 2009

Mari belajar bahasa Cina

ik-satu
ek- dua
san- tiga
se- empat
u- lima
li uk-enam
cik- tujuh
pak - lapan
ciu-9
sek-10

Monday, June 22, 2009

Mercedes terbakar

Masa balik dari kampung petang tadi, ada kereta mercedes terbakar di km 148 Lebuhraya Utara Selatan arah ke Johor Baharu. Masa tu lebih kurang pukul 4.30 ptg. Api marak dari belakang kereta. Asap hitam berkepul-kepul....

Luqman manja



Luqman teringin....jadi baby balik




Dataran Pahlawan



Luqman jalan-jalan kat Melaka dengan Abah, Ibu, adik, Acik Maya, Acik Gee, Acik Zam, Kakak Ika dan baby Alisha. Best.....

Thursday, June 18, 2009

Luqman buat homework

Luqman tengah buat homework yang teacher Amina bagi.....



Tuesday, June 16, 2009

Happy birthday

happy Birthday to you
happy birthday to you
happy birthday to jua
happy birthday to you



Tsunami

Tsunami adalah ombak yang sangat besar dan bergerak sangat pantas. Ketinggiannya boleh mencecah sehingga 278 kaki. Tsunami berlaku apabila kerak bumi mengalami pergerakan. Pergerakan ini menyebabkan berlaku gelombang besar yang kemudian akan bergerak ke pantai. Gelombang besar inilah yang dinamakan tsunami. Apabila tsunami melanda, ia boleh memusnahkan bangunan, rumah, kereta, tumbuh-tumbuhan dan boleh meragut nyawa. Tsunami juga boleh menyebabkan kemusnahan sebuah pekan. Kerana itulah kita harus berhati-hati apabila berada di tepi pantai.

Sunday, June 14, 2009

Tasik Shah Alam




Aquarium Shah Alam

Luqman jalan-jalan ke Aquarium sebelah Wetworld Shah Alam. Nak tengok ikan macam Hagemaru..... tapi hagemaru punya aquarium pendek je tak macam Luqman punya aquarium, panjang....best!



Saturday, June 13, 2009

Photo Puzzle

Thursday, June 11, 2009

Gerhana Matahari


Bagaimana gerhana matahari terjadi? Gerhana matahari terjadi apabila kedudukan bulan terletak di antara matahari dan bumi. Keadaan ini menyebabkan cahaya matahari tertutup oleh bulan. Ketika gerhana matahari berlaku, kita dilarang memandang terus ke arah matahari kerana ia boleh merosakkan mata dan boleh juga menyebabkan buta.

Terdapat tiga jenis gerhana matahari ;
  1. Gerhana penuh berlaku apabila matahari ditutup sepenuhnya oleh kedudukan bulan
  2. Gerhana separuh berlaku apabila bulan menutupi sebahagian daripada matahari
  3. Gerhana analus berlaku apabila bulan menutupi hanya sebahagian daripada matahari dan cahaya matahari selebihnya membentuk cincin bercahaya sekeliling bayangan bulan. Cahaya ini dinamakan corona.

Wednesday, June 10, 2009

Bila balik kampung, mesti naik motor dengan atuk

Ini Luqman dan Udin naik motor dengan atuk. Bila balik kampung, semua mesti rebut-rebut nak naik motor. Sampai ada yang nangis dan merajuk. Tak boleh dengar atuk start motor, semua nak kejar... sampaikan atuk kena sorong motor jauh-jauh baru boleh start. Kalau boleh nak pusing-pusing satu kampung Paya Redan tu, tak mau berhenti. Kesian atuk..



cuti ke PD