Showing posts with label ensiklopedia. Show all posts
Showing posts with label ensiklopedia. Show all posts

Tuesday, July 14, 2009

Proses Penghadaman





Proses penghadaman adalah proses penghancuran makanan yang kita makan dan kemudiannya menjadi bentuk yang boleh diserap oleh badan kita. Manakala sebahagian besar daripada makanan tersebut akan dinyahkan melalui saluran usus. Seeloknya lebihkan makanan berserat untuk membantu proses penghadaman kita.

Saturday, July 11, 2009

Tornado



Tornado adalah sejenis puting beliung. Ia membentuk satu pusaran angin yang tinggi, laju dan kuat. Kelajuan Tornado boleh mencecah kepada 400km/j. Tornado diukur menggunakan ukuran skala Fujita.
Tornado biasa melanda negara-negara di Amerika Syarikat. Negara-negara Asia termasuk negara kita Malaysia tidak mengalami Tornado. Apabila Tornado berlaku, banyak nyawa terkorban dan harta benda yang musnah.



Tuesday, June 16, 2009

Tsunami

Tsunami adalah ombak yang sangat besar dan bergerak sangat pantas. Ketinggiannya boleh mencecah sehingga 278 kaki. Tsunami berlaku apabila kerak bumi mengalami pergerakan. Pergerakan ini menyebabkan berlaku gelombang besar yang kemudian akan bergerak ke pantai. Gelombang besar inilah yang dinamakan tsunami. Apabila tsunami melanda, ia boleh memusnahkan bangunan, rumah, kereta, tumbuh-tumbuhan dan boleh meragut nyawa. Tsunami juga boleh menyebabkan kemusnahan sebuah pekan. Kerana itulah kita harus berhati-hati apabila berada di tepi pantai.

Thursday, June 11, 2009

Gerhana Matahari


Bagaimana gerhana matahari terjadi? Gerhana matahari terjadi apabila kedudukan bulan terletak di antara matahari dan bumi. Keadaan ini menyebabkan cahaya matahari tertutup oleh bulan. Ketika gerhana matahari berlaku, kita dilarang memandang terus ke arah matahari kerana ia boleh merosakkan mata dan boleh juga menyebabkan buta.

Terdapat tiga jenis gerhana matahari ;
  1. Gerhana penuh berlaku apabila matahari ditutup sepenuhnya oleh kedudukan bulan
  2. Gerhana separuh berlaku apabila bulan menutupi sebahagian daripada matahari
  3. Gerhana analus berlaku apabila bulan menutupi hanya sebahagian daripada matahari dan cahaya matahari selebihnya membentuk cincin bercahaya sekeliling bayangan bulan. Cahaya ini dinamakan corona.

Wednesday, June 10, 2009

Bulan


Bulan berada sangat jauh di angkasa. Kadangkala bulan kelihatan sangat bercahaya dan terang. Cahaya bulan menerangi kegelapan malam. Ada kalanya bulan kelihatan bulat seperti bola dan ada kalanya iakelihatan seperti buah pisang yang berada di atas langit. Bulan tidak terletak pada kedudukan yang sama sepanjang masa. Ia bergerak sedikit demi sedikit di atas orbitnya. Pada waktu siang, bulan tetap berada di angkasa. Oleh kerana waktu siang diterangi oleh cahaya matahari, bulan tidak dapat kita lihat dengan jelas. Sehinggalah malam tiba.